BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 6, 2008

RABIATUL-ADAWIYAH -PERINDU CINTA ILAHI

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.
Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.
Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.
Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.
Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.
Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”
Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”
Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”
Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!
Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”
Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:
“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”
Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.
Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.
Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Saturday, September 20, 2008

Pesanan Rasulullah Terhadap Wanita..

1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.(Riwayat Muslim).
2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim).
3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
7. Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
8. Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka
9. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
10. Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum oleh Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
11. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
12. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
13. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
14. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

bBerUNtuNGnya DikAU inSAn BerGelAR WanITA..

BERUNTUNGNYA…

beruntungnya menjadi wanita.........
dilahirkan sempurna
dilahirkan dengan kasih sayang
dilahirkan dengan rahmat-Nya

beruntungnya menjadi wanita.......
dikurniakan sebagai seorang penyayang
dikurniakan sebagai penyejuk mata
dikurniakan sebagai penawar duka
dikurniakan anugerah tak terhingga
untuk hadiah kaum adam didunia...

untungnya sebagai wanita.....
melahirkan perasaan tanpa rasa bersalah
sentiasa hilang rasa marah dengan mudah
melahirkan rasa simpati dan kasihan
tidak menipu parasaan yang ditanggunginya
tidak ego melahirkan rasa cintanya

untungnya sebagai wanita.....
meghargai apa yang ada di depan matanya
dia tahu kewajipannya
sentiasa lemah dalam pertimbangannya
mengharap bantuan dari yang perkasa

sayangnya kadangkala.......
dia lupa dia wanita
dia alpa dia disayangi diseluruh dunia
dia sombong memandang pemcipta-Nya
menjadi hamba kepada nafsu
menjadi taruhan kaum perkasa
menjadi hiasan menghiris iman

wanita.......
hiasilah dirimu semula
jadilah penarik kaum adam di dunia
jadilah ibu yang solehah
isteri yang berjasa
semoga air matamu menjadi penawar
yang tak bisa di kurniakan kepada kaum adam
tetapi anugerah Maha Agung dari Tuhanmu

Wanita........
KAU KEASAYANGAN NABIMU.....
TIADA SIAPA YANG AKAN BOLEH MENYAKITIMU
MELAINKAN KAU YANG MEMBUKA PINTU DERITAMU.......

YAKINLAH..!!!!!

“Kenapa pula aku diuji??”
“apakah manusia itu menyangka begitu mudah mereka akan dibiarkan sewenang-wenangnya mengatakan:”kami adalah orang beriman!”, walhal mereka belumpun diuji lagi?? Dan sesungguhnya KAMI (ALLAH) telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya DIA (ALLAH) mengetahui orang-orang yang dusta/membohong..” (surah Al-Ankabut: Ayat 2-3)


”kenapa aku masih tak dapat apa yg aku impikan??!”
”Boleh jadd kamu membenci sesuatu itu pdhal sebenarnya ia teramat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu walhal sebenarnya amat tidak elok langsung bagimu. ALLAH s.w.t mengetahui segala sesuatu sedangkan kamu tidak mengetahui sesuatu apa pun (yang baik mahupun yang tak elok untuk diri mu)..” (surah Al-Baqarah :Ayat 216 )

”kenapa ujian aku terima ni berat sangat??!”
”ALLAH tidak pernah membebankan seseorang itu, melainkan dengan sesuatu yang sesuai dengan kemampuannya untuk memikul pekara tersebut..” (surah Al-Baqarah: Ayat 286)

”rasa frustnya..!!!”
”Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati (akibat ditimpa ujian), kerana darjat kamu dinaikkan lebih tinggi lagi oleh ALLAH (lantaran sabar bertahan dengan ujian berkenaan), jika kamu orang-orang yang beriman..” (surah Ali Imran: Ayat 139)

”bagaiman aku harus menghadapi kesukaran hidup ini??!”
”wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam melakukan segala pekara kebaikan), dan perteguhkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh kamu di medan perjuangan), dan bersedialah *(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) *serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan di dunia dan damai di dalam syurga akhirat)..” (Surah Ali Imran: Ayat 200)

*(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) jua bermaksud, diri manusia sentiasa dikelilingi syaitan berbentuk manusia dan jin yang menghasut dan menyesatkan. Manusia mesti sentiasa menentang syaitan ini melalui menguatkan iman, memperbanyakkkan amal soleh dan memperbanyak doa’ memohon pertolongan ALLAH kerana doa’ itu senjata melawan syaitan dan pengut jiwa bagi orang beriman (Hadith Nabi SAW..)

”dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan penuh bersabar, serta tidak pernah tinggal mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu tersangat susah dan sukar untuk dilaksanakan melainkan amat mudah jika orang berkenaan betul-betul tunduk dan patuh dengan segala perintah ALLAH (Khyusuk)...” (Surah Al-Baqarah: Ayat:45)

”apa yang aku dapat darisemua ini??!”
”sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang beriman, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga buat merekan sebagai harga belian tersebut..”... (Surah At-Taubah: Ayat 111)

”kepada siapa aku perlu mengadu dan meletakkan pengharapan??!”
”cukuplah ALLAH menjadi penolongku, tiada Tuhan selain daripada-NYA. Hanya kepada-NYA (ALLAH) aku bertawakal”... (Surah At-Taubah: Ayat129)

”aku tidak dapat bertahan lagi...!!!”
”....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya hanya orang kafir sahaja berputus asa dengan rahmat ALLAH (amat tidak bijak dan tidak wajar bagi orang beriman untuk berputus asa dengan rahmat ALLAH)..” (Surah Yusof: Ayat12)

Thursday, September 18, 2008

Sunday, August 24, 2008

Ketika cinta mula bertasbih


Dalam nafas ada cinta dalam hati ada rindu
Pada sang punggut yang merindukan bulan
Pada majnun yang menyintai laila
Bukan maksudku memuja bukan pula menyanjung
Tapi tika cinta palsu mula berputik
Mula bergoncang iman menyesak nafas kalbu
Pada sang kekasih khayalan
Dileburkan segala impian yang menyimpang
Mencintai dan dicintai fitrah insane
Yang gersang keimanan pada Yang Maha Esa
Dalam hidup melayari arus
Harus kuterokai segala genap ruang
Agar diri ini sentiasa dalam penjagaanNya
Dalam sebuah pencarian


Mencari makna sebenar erti cinta
Hati mula memuji Ilahi
Dengan tasbih cinta kumulai langkah baru
Memuji kebesaranNya kubahagia
memikirkankan keagunganNya ku terkesima
Kerna tiada siapa yang kan dengki
Kerna tiada siapa yang kan terusik
Dan tiada siapa yang kan mempeduli
Kerna hanya Dia yang mengetahui bisikan hati ini
Hanya Dia yang tahu tentang kerinduan ini
Yang merindu pada gelap malam
Yang merindukan datangnya siang
Yang memikirkan tentang kejadian ciptaanNya
Yang membuat diri ini merasai manisnya nikmat cinta
Kerna pada malam pada siang pada ciptaanNya pada cintaNya
Kutemui khazanah kerahsiaan yang selama ini kudambakan…
Tentang makna sebuah Cinta Ilahi
segalanya bermula Ketika cinta mula bertasbih…