BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 30, 2009

AKU CUBA MENCINTAI MU YA ALLAH...

Aku cuba mencintai Mu Tuhan hati tidak juga terasa
Aku cuba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa juga
Aku fikir-fikirkan nikmat Mu
Aku kenang-kenangkan rahmat Mu
Agar nampak kemurahan Mu

Atas ilmu aku akur
Namun aku belum juga jatuh hati dengan Mu
Aku susah hati aku sedih selalu mengapa terjadi begini
Mengapa cinta pada Mu belum berbunga lagi

Sedang aku tahu aku akui
Nikmat Mu terlalu banyak padaku
Kalau hendak dihitung tidak mungkin terhitung
Walaupun melalui komputer

Aku irihati selalu
Cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
Hebatnya cinta mereka pada Mu
Hilang selera makan kerana Mu
Asyik memuja dan memuji Mu
Mensucikan dan membesarkan Mu

Terutama di waktu malam yang sepi
Di waktu orang mimpi
Mereka memuja Mu
Merintih pada Mu
Mengharapkan kasih sayang pada Mu

Air mata mereka membasahi pipi
Adakalanya menitis ke bumi
Mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah di bibir mereka
Engkau adalah jantung hati mereka

Tapi aku tidak begitu
Aduh keras hatiku
Keras hatiku

Hingga kini aku belum mencintai Kekasih agungku
Baru aku sedar
Cinta pada Mu adalah anugerah dan hidayah Mu
Bertuahlah dan berbahagialah
Orang yang Engkau anugerahkan kecintaan pada Mu

Aku bilakah lagi wahai Tuhan
Dapat sedikit pun jadilah
Aku tidak putus asa
Aku cuba lagi selagi ada nyawa di badan
Di hujung hidup ku kalau dapat pun sudah cukuplah

Wahai Tuhan Al-Hannan Wal Mannan……"

12 Barisan Di Akhirat...

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan?

BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang
Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya
menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka..."

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara
dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika
hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya
adalah neraka..."

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan
membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.."

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang
berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka
adalah neraka.."

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu
mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang
menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak
pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut
mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang
enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan
tempat kembalu mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala
kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "
Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada
orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.."

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta,
gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar
sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan
keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat
seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih
memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat
baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima
waktu, ketika meninggal dunia keadaan ka bertaubat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan,
kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah
aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua
ini...

Sembilan pembaziran tanpa disedari..

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.

Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-

ILmu pengetahuan.

Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan.

Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.

Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati.

Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan.

Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta.

Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa.

Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.

Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.

Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya…

Siapakah Musuh Syaitan & Sahabat Syaitan ....

Siapakah Musuh Syaitan

1. Rasulullah s.a.w.
2. Orang beriman yang pengasih dan penyayang.
3. Orang beriman yang suka memberi nasihat.
4. Orang beriman yang sentiasa bertaubat diatas dosa dan setiap kesalahannya.
5. Orang beriman yang berakhlak mulia.
6. Orang beriman yang banyak melakukan sedekah jariah.
7. Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
8. Orang beriman yang sentiasa berwuduk dan menjaga wuduknya.
9. Orang beriman yang sentiasa tidak berkeinginan untuk melakukan sesuatu yang haram.
10. Orang beriman yang sentiasa menjaga sembahyangnya dan melakukannya dengan penuh khusyuk.
11. Orang beriman yang beristiqomah dalam membaca al Quran.
12. Orang kaya yang sentiasa merendah diri.
13. Orang yang bangun sembahyang di waktu tengah malam sedang orang lain tidur.
14. Peniaga yang jujur dan tidak pernah menipu akan sukatan timbangannya.
15. Ketua negara atau pemerintah atau imam yang adil

Siapakah Sahabat Syaitan

Ø Orang kaya yang sombong.
Ø Peminum arak.
Ø Hakim yang tidak adil.
Ø Peniaga yang tidak jujur.
Ø Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
Ø Orang yang meremehkan sembahyangnya.
Ø Orang yang menganiaya, menzalimi dan memakan harta anak yatim.
Ø Orang yang beramal kerana ingin mendapatkan pujian dan nama.
Ø Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.
Ø Penghasud dan pendengki bila orang lain mendapat kesenangan

fikirkanlah yea sahabat2 sekalian
jua diri ini sdri..

KISAH PALING NIKMAT BAGI PENGHUNI SYURGA...

Assalamualaikum w.b.t. Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati di hari pertama mereka dikumpulkan beramai-ramai di dalam perkampungan syurga yang serba indah di dalam suasana yang amat berbeza dam paling menakjubkan, lalu mereka pun dipakaikan pula dengan pakaian yang serba indah yang dihadiahkan oleh Allah. Setelah itu, Allah memerintahkan malaikat Jibril menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula seekor burung yang ajaib rupanya dan terlalu cantik pula warnanya di udara taman syurga yang permai itu. Burung ajaib itu terbang di atas perhimpunan yang ramai itu sambil mengembangkan sayapnya mengelilingi bahagian atas kepala mereka. Dari kedua belah sayapnya itu terperciklah bau-bauan yang harum semerbak merenjis pada tubuh dan pakaian setiap ahli syurga itu. Maka harum dan bertamba nyamanlah suasana syuega pada masa itu. Alangkah tercengangnya para tetamu di perkampungan syurga itu melihat beberapa kejadian ajaib yang ditunjukkan oleh Allah sebagai janji tentang kesenangan dan kebahagiaan yang bakal dinikmati oleh manusia yang beriman di alam akhirat. Seketika kemudian terdengar suatu suara paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang terbentang itu. Suara itu merupakan kalimah dari Allah s.w.t sendiri yang pertama kali di dengar oleh manusia. “Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu? Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya.” Demikianlah kalimah yang berkumandang di setiap penjuru alam syurga pada ketika itu. Tercengang dan terperanjatlah sekalian manusia penghuni syurga bila mendengar kalimah dari Allah sendiri di bumi syurga yang amat keramat dan bertuah itu. Mendengar kalimah suara dari Allah s.w.t merupakan suatu nikmat yang paling berharga dan mulia yang bakal dikecap oleh manusia beriman dan beramal soleh di syurga nanti. Ia lebih berharga dari segala-galanya dan lebih nikmat dari setiap apa yang pernah dirasai oleh umat manusia di muka bumi ini. Peristiwa ini tidak akan dikecap oleh manusia-manusia kufur dan kafir. Kerana di akhirat nanti bukan sahaja Allah jijik dan benci melihat mereka malah Allah akan menghalang pendengaran mereka dari mendengar suara dan kalimahNya, apalagi untuk melihat wajah Allah. Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata, “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya telah Engkau sempurnakan janjiMu tentang kemikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hambaMu yang mensyukuri setiap nikmat yang telah Engkau kurniakan semasa di dunia. Demikianpun wahai Tuhan kami, izinkanlah kepada Kami untuk melihat wajahMu di hari Akhirat yang Engkau janjikan ini.” Melihat wajah Allah dengan jasad dan mata sendiri merupakan suatu perkara yang paling mustahil dapat dicapai oleh seseorang manusia, kecuali junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj dalam masa hidup di dunia dahulu. Tetapi apakah kita akan mendapat nikmat melihat wajah Allah di syurga nanti? Inilah suatu kejadian yang akan dinikmati sendiri oleh orang-orang yang mukmin, yang beriman, yang percaya kepada Allah serta mempercayai pula kepada perkara-perkara yang ghaib, bila dihimpunkan di syurga nanti. Seketika kemudian secara tiba-tiba muncullah sebuah mimbar yang amat ajaib di taman syurga yang penuh berisi dengan manusia yang ramai itu. Malaikat Jibril muncul di tengah manusia yang ramai itu sambil membimbing tangan Nabi Musa a.s naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat supaya dapat dihayati oleh seluruh umat manusia di dalam syurga itu. Setelah nabi Musa a.s berada di atas mimbar itu, beliau pun memperdengarkan bacaan Taurat dengan bacaan yang lembut dan jelas didengar oleh manusia di situ. Selepas itu Jibril mempersilakan pula Nabi Isa a.s ke atas mimbar yang sama untuk memperdengarkan bacaan kitab Injil yang pernah diturunkan ke[ada beliau oleh Allah s.w.t. Setelah Nabi Isa a.s tamat memperdengarkan bacaannya, kemudian tibalah pula giliran Nabi Daud a.s untuk memperdengarkan bacaan kitab Zabur kepada manusia di taman syurga itu. Beliau pun membaca kitab suci itu dengan suara yang lemah lembut dan paling indah hingga menjadi terpegunlah sekalian manusia di taman syurga mendengar suara Nabi Allah itu. Selepas itu, malaikat pun mempersilakan pula Nabi Muhammad s.a.w naik ke atas mimbar itu untuk memperdengarkan bacaan kitab suci Al Quran. Rasulullah s.a.w pun naik ke atas mimbar itu lalu membacakan kitab suci alQuran degna suara yang paling merdu dan tidak pernah didengar oleh sebarang manusia sebelum ini. Setelah selesai pembacaan kitab-kitab suci yang pernah diturunkan oleh Allah kepada umat manusia itu, maka tiba-tiba terangkatlah suatu hijab (halangan) di langit syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja hijab itu, maka keluarlah angin yang lembut bersama dengan sejenis bauan yang sangat harum dan menakjubkan. Sekalian manusia yang berada di taman itu berasa terkejut melihat suatu kejadian paling ajaib yang tidak pernah terfikir oleh akal mereka sebelum ini. Dan selepas itu terbukalah suatu hijab yang lebih besar lagi iaitu hijab yang menghalang setiap makhluk dari melihat wajah Allah s.w.t. Disinilah merupakan saat yang paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana disinilah tempat pertemuan sebenarnya antara manusia dengan Tuhannya, Allah lalu memberi salam kepada sekalian manusia yang memenuhi taman syurga pada ketika itu, dan seluruh manusia penghuni syurga tersebut menyambut semula salam Allah dengan rasa nikmat dan syukur yang tidak terperi. Kemudian berkatalah seluruh manusia itu kepada Allah Maha Pencipta, Allah Maha Berkuasa, Yang Maha Pengasih dan Maha Mengasihani, “Wahai Tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu hari ini.”Allah membalas permintaan seluruh manusia itu dengan kalimahNya,”Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk kamu semua beribadat, tetapi ia merupakan tempat mulia untuk kamu semua merasa pembalasan nikmat dan kesenangan yang berkekalan. Walaupun begitu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepadaKu hari ini.” Saudara-saudaraku sekalian, yakinlah dengan sepenuh-penuh keyakinan bahawa di akhirat nanti, kita akan bertemu dengan Tuhan yang kita puja dan sanjung. Rasulullah s.a.w sendiri menerangkan kepada kita bahawa kita akan dapat melihat Allah s.w.t di akhirat nanti.

Wallahua’lam. Ilal Liqa’.

7 golongan dapat perlindungan di akhirat..

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)



Hadis ini menerangkan tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:

1 Pemerintah yang adil kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang berat. Bukan mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyat.

2 Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja.

Ketika muda juga pelbagai ujian dan godaan ditempuhi.

Beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu jika usia muda dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

3 Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Menurut hadis, dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikira sedekah.



4 Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.

Hubungan terjalin di atas dasar bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama dan adab kesopanan adalah hubungan yang menjurus ke arah maksiat.

Ikatan kasih sayang dijalinkan sesama manusia mest ikhlas supaya perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

5 Orang yang dipujuk oleh perempuan kaya lagi rupawan untuk berzina dengan lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”

Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala godaan. Ini bukan mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut akan dosanya.

6 Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, menggambarkan keikhlasan hati.

7 Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

Tuesday, March 10, 2009

SAAT DITALKIN KAN..

SAAT DITALKIN KAN...Asyhaduallailahaillallah.........

RENUNGKANLAH SEJENAK KHAS UNTUK DIRI KITA SENDIRI
TAKDA SIAPA YG BOLEH MEMBANTU KITA KETIKA NYE
SAKARATUL MAUUUUUUUUTTTTT........

Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat. Tubuhku
terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah
hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di
tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku
sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan
lori balak. Tapi selepas itu aku tidakA ingat apa-apa.
Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa
orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa
dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah
tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh nafasku
sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang
mengucap....Asyhaduallailahaillallah........."ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.
Itu suara ibu, manusia yang pernah mendodoikan daku
semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke
dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya
serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara
itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai.
"Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu 'kata doktor
bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu
usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,
kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke
sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....
Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah
buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin
melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah
yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak
semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu
ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran
suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis
teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja.dan
bila tiba saatnya, kita akan berpisah.
Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.
Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di
telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku
di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah
menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi
izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku
di ambang sakaratul maut....... Aku semakin tegang dan
semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak
ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di
sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku
berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu tolonglah
aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.
Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,
gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan.

"Panas, dahaga, haus, panas........".tapi tiada siapa
pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek...........".
"Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas
penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum
air ini".
"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah
susunya. " Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak.
Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam
agama yahudi nakku, matilah dalam agama nasrani Itulah
agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??
Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin
memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,
mengucap.Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu
diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi
lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut
kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa
bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami".
cahaya putih datang. datang kilatan hitam. Datang
sinaran kuning. Cahaya merah datang

"Apa ini,apa ini?. Akulah sakaratul
maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap
perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan
kini seluruh jasadku di selimuti sejuk. dan kemudian
datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan
Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam
tubuhku. Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau
sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah
orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah,busuknya,
hanyirnya, hancingnya......". "Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa
wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan
katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,
sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang
tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau,
kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari
lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah
dan darah pekat keluar. Tanpa di
pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat
loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau
sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni
wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari
sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya!
aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan
ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita
lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu
makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam
barzakh nanti.

Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan
lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.
Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana
Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun
tidak. tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah
terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus
lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas
dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku
juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di
sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur
barus. Tolong jangan tekan perutku dengan
kuat,sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku
malu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih
dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain
putih itu. kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu
aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti,tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian
semua buat aku macam ini? Tolong
rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa
orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan
ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa
aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang
sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah
kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru
aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat
takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di
dalam kotak kayu. Kotak apa ini?" Aku di usung oleh
enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung
setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!" Keengaran suara tok imam. Kelihatan ibu,
kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di
belakang. tapi kemana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan
kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan
aku, aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,
kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.
Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke
dalam liang itu.

"Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam
memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku
seram!!!". Kini aku berada di dalam liang sedalam enam
kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah
kita
datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya
mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul
mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua
benar........". Sayup sayap aku terdengar tok imam
terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang.
Pandanganku makin lama,makin
kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah
di timbusi sedikit demi sdikit pasir dan tanah yang di
lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan......aku
kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan
tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!!
Tolong !!!!

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU
PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG
SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah,
tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak
selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk
mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah
hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah
berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa
lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita
tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai
kita melaluinya sambil lewa...