BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 30, 2009

AKU CUBA MENCINTAI MU YA ALLAH...

Aku cuba mencintai Mu Tuhan hati tidak juga terasa
Aku cuba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa juga
Aku fikir-fikirkan nikmat Mu
Aku kenang-kenangkan rahmat Mu
Agar nampak kemurahan Mu

Atas ilmu aku akur
Namun aku belum juga jatuh hati dengan Mu
Aku susah hati aku sedih selalu mengapa terjadi begini
Mengapa cinta pada Mu belum berbunga lagi

Sedang aku tahu aku akui
Nikmat Mu terlalu banyak padaku
Kalau hendak dihitung tidak mungkin terhitung
Walaupun melalui komputer

Aku irihati selalu
Cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
Hebatnya cinta mereka pada Mu
Hilang selera makan kerana Mu
Asyik memuja dan memuji Mu
Mensucikan dan membesarkan Mu

Terutama di waktu malam yang sepi
Di waktu orang mimpi
Mereka memuja Mu
Merintih pada Mu
Mengharapkan kasih sayang pada Mu

Air mata mereka membasahi pipi
Adakalanya menitis ke bumi
Mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah di bibir mereka
Engkau adalah jantung hati mereka

Tapi aku tidak begitu
Aduh keras hatiku
Keras hatiku

Hingga kini aku belum mencintai Kekasih agungku
Baru aku sedar
Cinta pada Mu adalah anugerah dan hidayah Mu
Bertuahlah dan berbahagialah
Orang yang Engkau anugerahkan kecintaan pada Mu

Aku bilakah lagi wahai Tuhan
Dapat sedikit pun jadilah
Aku tidak putus asa
Aku cuba lagi selagi ada nyawa di badan
Di hujung hidup ku kalau dapat pun sudah cukuplah

Wahai Tuhan Al-Hannan Wal Mannan……"

0 comments: