BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 21, 2009

Rintihan al-QURAN..

Sejauh manakah abad telah berlalu? Sepantas manakah usia dimamah beku? Sekian apakah yang telah merentap keinsafan di dada insan, hingga lena tak pernah mengah menjamah alpa dan kaku? Perlukah rintihan ini bergema, kerana suaranya tak pernah meresap tangkai jiwa, sekalipun usia dunia sedekad demi sedekad berputar.



Perlukah untuk sebuah rintihan ini, melagukan kekesalan, atas setiap kealpaan yang tak pernah usang di mata insan. Hakikatnya, manusia tetap memandang lesu pada Kalam Suci wahyu Ilahi ini…

Terlupakah duhai insan, tatkala Jibril mendakap erat Rasul junjungan, Kalam Suci ini yang diucapkan. Terlupakah duhai insan, tatkala dakapan dileraikan, Kalam Suci ini jua yang diungkapkan. Dan masih terlupakah duhai insan, tatkala bergetar tubuh Rasul pilihan, kalam ini jua menjadi pengubat sebuah keresahan.

Andai bisa kau dengar duhai insan, betapa diri ini merintih sayu, tatkala debu- debu berterbangan, menutup seribu bahasa keindahan, yang terkandung dalam kalimah dan wanyu suci ini. Andai bisa kau dengar duhai insan, betapa diri ini terkilan untuk sebuah kealpaan yang terhidang, hingga Kalam Ilahi ini tertutup rapat tanpa sebuah sentuhan…

Untuk apa kujadi pilihan, seandainya sekadar ditonton segenap keindahan? Untuk apa kujadi pilihan, seandainya sekadar untuk disimpan? Dan untuk apa Kalam Suci ini memenuhi segenap ruangan, seandainya sekadar satu perhiasan? Aduhai yang bergelar insan, tidakkah terlintas di hati kalian untuk menggemakan alam dengan suara- suara melafazkan Kalam Suci Tuhan?

Tidakkah terasa kekerdilan, kerana segenap makhluk Tuhan tak pernah alpa melagukan pujian dalam versi kesyukuran dan keinsafan? Aduhai malangnya umat terakhir ini sering dilapah kelalaian. Sedangkan usia dunia, sejengkal, belum pasti kau bias bertahan…

Ya Tuhan, dalam rintihan kudus ini, betapa sunyinya sebuah Kitab Suci ini, tanpa suara yang ingin melafazkan kalimah-Mu. Betapa sebuah Kitab Suci ini, merindukan segenap suasana dalam sirah terdahulu. Bila Rasul dan para sahabat berlumba- lumba mengejar ma’rifat, bersatu memohon maghfirah, mengucap Kalam- kalam Suci ini tanpa ada lena yang membeku jiwa. Aduhai insan… seandainya terpanggil jiwa dan dirimu, mendakap sebuah kitab suci ini, alunkanlah segenap suara, membaca perutusan Tuhan, menjenguk sebuah keinsafan, kerana tiada seindah bahasa, seelok pujangga, sebenar- benar kalimah, melainkan sebuah kitab; yang tertulis di dalam Al-Quran, wahyu Ilahi.

Padanya ada jutaan makna tersimpan; dan sebuah yang tertulis Al-Quran jua, merintih untuk segenap kealpaan insan, membiarkannya usang, ditelan masa dan arus kekosongan, tanpa suara keinsafan…

Wanita Ibarat BUNGA..(",)

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga,seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia.

Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragamseandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta
cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik
warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan
yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.

Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan
persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi
mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Rintihan Subuh......

Pada pagi itu,seperti mana pagi2 yang lain,aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
" Assalamualaikum",seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam",sahutku.

Dan kami terus berpelukan,tanda rindu serta kasih sayang.Kutanya khabar subuh,bagaimana keadaanya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
" Tadi...",kata Subuh dengan sayu,"...aku baru saja melintasi satu tempat.Kucari tempat persinggahan,Ku ketuk rumah2 yang sunyi,tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."Dan airmata Subuh pun berlinangan."Subuh,usah kau pedulikan mereka,bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat sesuatu.

"Oh ya,tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.Orang2nya sepertimu,menyambutku dengan penuh kesukaan,menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.Hidangan yang paling aku suka adalah buah Tahajjud,puas kucari dibumi lain,tapi jarang ku jumpai.Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dengan leka".Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh,aku tiada menanam pohon Al-Lail,jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku ada roti Shiyam",cadangku pada Subuh.Subuh menolak dengan hormat."Roti itu ada tuan punya",kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?"rayuku pada Subuhu."Baiklah,ambilkan aku sedikit,serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan",pinta Subuh.Aku agak sugul,bagaimana harusku beritahu pada Subuh,yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang Berpanjangan?

Aku terkejut.Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.Dan aku berdetik didalam hati,adakah ini tanda kemarau akan berakhir?Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh,tetamu yang kusanjungi,dan kusuakan manisan yang dipintanya.Selesai menjamah kesemuanya,Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh...",seruku,"...mahukah kau tinggal selamanya denganku?Aku memerlukan teman dalam kesunyian.Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai subuh".Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi."Aku perlu menziarahi ramai orang,dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka,sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh."Subuh",...seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"."InsyaAllah",jawab Subuh,"...bukankah aku kekasih yang kau rindui?".Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamulaikum",seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam",jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh,yang semaik laju dengan setiap langkah.Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandangan.

P/s......Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor,Asar,Magrib dan Isyak?

Monday, January 19, 2009

Saudariku.....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian
sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga , harum
aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk
mendekatimu
namun...... tidak semua bunga senang
untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang
memagari dirinya umpama mawar ,
dari kejauhan sudah
terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang
memancar indah
mengundang kekaguman terhadap sang
kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa
membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk
mendekatinya......


Saudariku.....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar
aspirasi setiap mujahidah.
Bentengilah dirimu dengan
perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan
keindahan taqwa kepada Allah...
Hiasilah wajah mu
dengan titisan wudhuk .....
ingatlah bahawa ciri-ciri
seorang wanita solehah ialah
ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak
melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih
berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang
terdedah ......
umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum
dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....
sudah pastinya keinginan untuk melihat permata
yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah,
wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq
dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan
yang bernama Adam......




Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan dan
mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah
dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih
lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya
darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...

sesiapa yang inginkan kebaikan
maka Allah akan memudahkan baginya
jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau
mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........


Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah
kepada kebanyakan lelaki...
Seandainya pakaian malumu
kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi
perisai yang dapat membentengimu...
Sesungguhnya nabi
ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela
selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah
yang berpunca daripada wanita"………….

Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu
hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah,
jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu
untuk kepentingan tertentu.....
Sesungguhnya Allah
telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam.
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan
sentuhan lembut tangan mu.....


Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi
dan menyayangi,itulah fitrah semulajadi setiap insani
namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta...
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah,
kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan
kerana cinta maruah tergadai.
Gejala murtad serta
keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya
kerana sebuah cinta...





Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta"
cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam
membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau
meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana
Allah SWT...
Sebelum kau mendekati cinta ,
Cintailah dirimu terlebih dahulu ,
mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,
yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu
mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh
Allah..

Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan
kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih
pada penciptamu............

Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi
cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan
abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila
diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak
dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah
sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu
sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu
mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah
muslimahmu.....

Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu
bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.
Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi
iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan
kebahagian yang abadi untuk seseorang insan ,
kerana ia tidak kekal ,
cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal,
kecewa , menderita dan terseksa,
oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan
kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi
kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri.”

"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH,
CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN
MAHARNYA......"

Saudariku..

Saudariku.....Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi
taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa
menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun...
tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang
lantaran duri yang memagari dirinya
Umpama mawar dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ...
tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya...

Saudariku...Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ...ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...
umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup
...sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah,
wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam...

Namun ... ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah
yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...

Namun ingatlah saudariku...sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah...

Saudariku...akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu
...Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu
" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....

Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah
berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu...

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu...

Saudariku... Dalam hidupmu pastinya ingin
disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta
... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...

Sunday, January 18, 2009

Harimau,Tali,Buaya & Tikus..(",)

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi
hutan.

Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar
satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi
harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si
hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar
hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya.
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke
dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni
pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa
kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak
selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau
bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor
tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg
hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu
pulak.

Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar
lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!
cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa
buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa
madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg
sedang bawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu
kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau
yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita,
so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan
Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba
bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka
panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur
kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia
lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit
lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.

Astaghfirullah...

Madu, mangkuk & rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".


Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut

Friday, January 16, 2009

Sahabat Sejati..

Artikel ini discan dari buku Imam Syafie.


BERSAHABAT

1. Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa
ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku
dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun
setelah aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang
tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika
itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia
padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk
berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin
banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2. Mencari Sahabat di Waktu Susah

Belum pemah kutemukan di dunia ini seorang sahabat
yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa
berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka
melanda, aku sering bertanya ....siapakah yang sudi
menjadi sahabatku.
Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang
yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah
merekapun bertepuk tangan.

3. Pasang Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain
ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah
menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman
yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku
menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkanku, dan
jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika
hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati,
jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai

4. Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul
Dengan Orang Jahat

Bila tak kutemukan sahabat-sahabat yang taqwa, lebih
baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul
dengan orang-orang jahat.

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah
lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan
yang mesti kuwaspadai.

5. Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman
ini. Dan bersikaplah seperti seorang pendeta dalam
menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman
tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu
terhadap mereka, maka kelak kamu akan memperolehi
kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku
temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan
orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan
kujauhi orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6. Sahabat Sejati Di Waktu Susah

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih
mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang
abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang
menolong ketika susah.
Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat
sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi
seribu negara, namun tak satu negarapun yang
penduduknya berhati manusia.

7. Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan
dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan
ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan
pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat
membakar duri-duri itu.

8. Menghormati Orang Lain

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah dia akan
dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang
lain, tentulah dia akan dihinakan.
Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya
satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat
kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9. Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa
dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara
permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku
sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku
dapat menjaga diriku dari kejahatan.
Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa
persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci,
sebagimana kutampakkan hal itu kepada orang-orang yang
kucintai.
Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul
bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia
bererti memutuskan persahabatan.

10. Tipu Daya Manusia

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat
denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari
manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat
menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat,
tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak
akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga
lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun
kamu terpaksa hidup sendiri.

11. Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang
mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun
rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang
dapat menjaga nama baik dirinya, dan selalu
menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah
mati.

12. Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali
dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan
jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang
lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah
dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada
kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya
usaha yang keras.
Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu, dan
sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak
sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka
tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia
akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan
memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan
menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.
Selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada
sahabat yang jujur dan menepati janji.

"Wanita Solehah Penyejuk Hati"

Islam memberi jaminan terhadap kebahagiaan kaum wanita. Mereka diberikan hak-hak untuk menentukan samada menerima atau menolak calon suaminya. Tidak seorang pun yang boleh memaksa kaum wanita untuk menentukan calon suaminya, kerana kehidupan berumahtangga tidak bolah didirikan atas dasar paksaan....



"Wanita Solehah Penyejuk Hati"

Islam memberi jaminan terhadap kebahagiaan kaum wanita. Mereka diberikan hak-hak untuk menentukan samada menerima atau menolak calon suaminya. Tidak seorang pun yang boleh memaksa kaum wanita untuk menentukan calon suaminya, kerana kehidupan berumahtangga tidak bolah didirikan atas dasar paksaan....

Islam memberi jaminan terhadap kebahagiaan kaum wanita. Mereka diberikan hak-hak untuk menentukan samada menerima atau menolak calon suaminya. Tidak seorang pun yang boleh memaksa kaum wanita untuk menentukan calon suaminya, kerana kehidupan berumahtangga tidak bolah didirikan atas dasar paksaan.

Allah swt , memberikan setiap perkahwinan itu dengan rasa kasih sayang dan rahmah. Tentu sahaja cinta, kasih sayang dan rahmah tidak akan ada jika perkahwinan itu dilaksanakan dengan paksa. Rasulullah saw bersabdaa maksudnya : "Mintalah pendapat kaum wanita dalam masalah mereka sendiri, janda menentukan dirinya sendiri, sedangkan diamnya gadis menandakan persetujuannya"(HR Tabrani)

Cara yang paling tepat untuk memilih suami yang baik iaitu dengan mengetahui latar belakang kehidupannya. Di zaman Rasulullah saw, untuk mengetahui keadaan calon suami, orang tua atau wali akan bergaul langsung untuk mengenali lelaki tersebut. Umpamanya Rasulullah saw tidak memilih Ali untuk puterinya Fatimah, kecuali baginda mengetahui akhlak dan agamanya.

Islam juga membolehkan kaum wanita menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh. Sikap seperti ini tidak salah kerana bertujuan ingin mendapatkan keredhaan Allah swt dan untuk memperolehi pahala daripadanya samada apakah tawarannya itu diterima ataupun sebaliknya.

Anas ra berkata : Ada seorang wanita yang datang menawarkan dirinya kepada Rasulallah saw dan berkata : Ya Rasulullah saw apakah baginda memerlukan aku?. Puteri Anas ra yang ada di situ mencela wanita tersebut. Kemudian anas ra berkata kepada anaknya itu : Dia lebih baik daripadamu wahai anakku. Wanita tersebut suka dengan nabi dan menawarkan dirinya. Kerana sikap wanita tersebut tidak melanggar tuntutan agama, maka Rasulullah saw tidak mencelanya, maka baginda menolak tawaran tersebut dengan cara berdiam diri, agar tidak melukakan perasaan wanita tersebut.

Islam juga memberi hak kepada kaum wanita agar menolak pasangan yang dijodohkan untuknya atau yang meminang dirinya. Jika orang tua atau wali sesuka hati memaksa kahwin dengan lelaki yang tidak disukai lantaran akhlaknya yang buruk, maka wanita itu berhak menolaknya.

Anis binti Qatadah mempunyai suami bernama Khanfasa` bin Khaddam yang meninggal dunia dalam Perang Badar. Ayahnya mengahwinkannya dengan orang lain secara paksa. Anis Bin Qatadah menghadap Rasulullah saw dan menceritakan nasibnya itu. Ya Rasulullah, ayahku memaksa aku kahwin dengan pilihannya, sedangkan aku lebih menyukai bapa saudara daripada anak-anakku sebagai pengganti suamiku. Maka perkahwinan itu dibatalkan oleh Rasulullah saw, dan Rasulullah saw merestui perkahwinan Anis dengan saudara suaminya, kerana kepentingan wanita tersebut dan anak-anaknya.

Tidak ada yang berhak memaksa seorang gadis untuk kahwin dengan lelaki yang tidak disukainya. Tetapi jika ayahnya telah memilih untuknya suami yang soleh maka itu lebih baik baginya agar menerimanya. Kerana orang tua selalu menginginkan agar anaknya bahagia, serta memperolehi suami yang bertanggungjawab.

Perkahwinan yang berdasarkan paksaan kadang-kala akan menerima kehancuran kerana di antara suami isteri tidak sayang menyayangi dan tidak saling mencintai. Firman Allah swt maksudnya : Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang.(Ar-Rum : 21)

Jika kaum wanita atau gadis ingin memilih calon suaminya sendiri, maka janganlah mengikut keinginan nafsu sahaja. Perhatikanlah aspek keimanan dan ketakwaan yang dimiliki oleh calon suami tersebut. Jangan selalu mengutamakan kedudukan dan harta, kerana kedudukan dan harta boleh lenyap bila-bila masa sahaja. Allah akan menjamin kebahagiaan hidup suatu keluarga di dunia ini jika mereka beriman dan bertakwa kepada Allah swt. Firman Allah swt maksudnya: Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.(An-Nahl :97)

Jangan merasa bimbang jika calon suami tidak mempunyai harta yang banyak. Namun seandainya ia tergolong orang yang bertaqwa dan beramal soleh maka Allah akan memberikan rezeki yang cukup kepadanya. Abu Dzar berkata, bahawa Rasulullah saw bernah bersabda maksudnya : Sesungguhnya aku mengetahui suatu ayat, sekiranya orang ramai berpegang teguh dengannya mereka akan hidup makmur. Kemudian baginda membacakan ayat tersebut maksudnya : Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki daripadanya arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu. (Ath-Thalaq :2-3)


"Wanita Solehah Penyejuk Hati"

Perjuangan Ku... Ya ALLAH...

Ini semuanya takdir
TUHANku..
Walaupun hatiku yang hiba
Tidak dapt menerimanya
Apakan daya
Tapi ku percaya…
Terselit hikmah disebaliknya
Tuhan takkan membiarkan
Perjuangan selesai tanpa dugaan
Yang maha berat…

Percayalah…
Hari yang dinantikan pasti tiba
Merangkul kembali takhta dunia
Untuk dimahkotakan kepada
ISLAM yang tercinta
Tidur ku takkan lena
Sehingga….
Impian ku tercapai indah
Bagai mimpi ngeri disiang hari…
Tumbangnya pejuang….
Tersungkur menyembah bumi…
Aduhai, itulah mainan hidup…
BANGUNLAH KEMBALI…!!!!!!!

Pandanglah dunia…
Di mana insan dipermainkan
Masih ada yang memerlukanmu
Mereka terpinga-pinga tanpa amaran
SEDARKAN MEREKA….!!!!!!!!!

Teruskan perjuangan mu…
Bayangkan generasi yang mendatang
Ke manakah haluan???
Adakah dididik tamakkan
dunia???
Atau celik mengenal
akhirat???
Aku……..
Di sanubariku membara
Sebuah impian,
Takkan kesampaian tanpa
Cobaan,
Akan gigih mara ke
Hadapan…

Ku harapkan…
Sokongan dan dokongan
Inspirasi pencekal jiwa
Agar impian menjadi nyata…

Yang pasti….
Masyarakat kenal akan kemurnian ISLAM
Cinta sesama manusia
Prihatin tak kira bangsa
Tiada yang buta tanpa pembela…

Akan ku perjuangkan…
Inilah JANJIKU
Ku yakin
ALLAH akan bersamaku
InsyaALLAH…!!!!!

“Wahai pemuda pemudi ISLAM bangkitlah,
Bangkitlah dari tidur mu,
Sedarlah dari mimpi yang menghanyutkan,
Bersiaplah kerana ada cabaran hebat
Akan mendatang

Ketahuilah,
Dunia sekarang mengharapkan mu,
ISLAM meletakkan pada mu
Satu amanah,
Ketika saat umat dalam kelemahan,
Justeru itu bangunlah,
Wahai pemuda pemudi ISLAM…

Carilah identity diri mu yang sebenar,
Sebagai remaja ISLAM,
Berbanggalah kerana engkau seorang
MUSLIM,
Meskipun sering diserang
pemikiran barat dan Yahudi,

namun beristiqamahlah,
teguhkanlah pendirian mu
janganlah langkah mu berundur
walau setapak…
wahai pemuda ISLAM berjuanglah,
sebagai pemuda gagah berani,
tetap utuh di saf pertama
di medan perjuangan,
rela dirinya dikorbankan demi
JIHAD FISABILILLAH…!!!!!!!!!

Wahai serikandi ISLAM,
Ketahuilah diri mu umpama
Peniup semangat,
Dalam sebuah perjuangan,
Meskipun dalam kelembutan
Engkau mampu memberi
Fikiran yang tajam…

Kerana itu diri mu amat
Bernilai di sisi ISLAM….(“,)

“Ya ALLAH kurniakan kepada kami kebaikan
Di dunia dan di akhirat-MU
Serta selamatkanlah kai dari api neraka-MU”..
Amiiin….