BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 16, 2009

Perjuangan Ku... Ya ALLAH...

Ini semuanya takdir
TUHANku..
Walaupun hatiku yang hiba
Tidak dapt menerimanya
Apakan daya
Tapi ku percaya…
Terselit hikmah disebaliknya
Tuhan takkan membiarkan
Perjuangan selesai tanpa dugaan
Yang maha berat…

Percayalah…
Hari yang dinantikan pasti tiba
Merangkul kembali takhta dunia
Untuk dimahkotakan kepada
ISLAM yang tercinta
Tidur ku takkan lena
Sehingga….
Impian ku tercapai indah
Bagai mimpi ngeri disiang hari…
Tumbangnya pejuang….
Tersungkur menyembah bumi…
Aduhai, itulah mainan hidup…
BANGUNLAH KEMBALI…!!!!!!!

Pandanglah dunia…
Di mana insan dipermainkan
Masih ada yang memerlukanmu
Mereka terpinga-pinga tanpa amaran
SEDARKAN MEREKA….!!!!!!!!!

Teruskan perjuangan mu…
Bayangkan generasi yang mendatang
Ke manakah haluan???
Adakah dididik tamakkan
dunia???
Atau celik mengenal
akhirat???
Aku……..
Di sanubariku membara
Sebuah impian,
Takkan kesampaian tanpa
Cobaan,
Akan gigih mara ke
Hadapan…

Ku harapkan…
Sokongan dan dokongan
Inspirasi pencekal jiwa
Agar impian menjadi nyata…

Yang pasti….
Masyarakat kenal akan kemurnian ISLAM
Cinta sesama manusia
Prihatin tak kira bangsa
Tiada yang buta tanpa pembela…

Akan ku perjuangkan…
Inilah JANJIKU
Ku yakin
ALLAH akan bersamaku
InsyaALLAH…!!!!!

“Wahai pemuda pemudi ISLAM bangkitlah,
Bangkitlah dari tidur mu,
Sedarlah dari mimpi yang menghanyutkan,
Bersiaplah kerana ada cabaran hebat
Akan mendatang

Ketahuilah,
Dunia sekarang mengharapkan mu,
ISLAM meletakkan pada mu
Satu amanah,
Ketika saat umat dalam kelemahan,
Justeru itu bangunlah,
Wahai pemuda pemudi ISLAM…

Carilah identity diri mu yang sebenar,
Sebagai remaja ISLAM,
Berbanggalah kerana engkau seorang
MUSLIM,
Meskipun sering diserang
pemikiran barat dan Yahudi,

namun beristiqamahlah,
teguhkanlah pendirian mu
janganlah langkah mu berundur
walau setapak…
wahai pemuda ISLAM berjuanglah,
sebagai pemuda gagah berani,
tetap utuh di saf pertama
di medan perjuangan,
rela dirinya dikorbankan demi
JIHAD FISABILILLAH…!!!!!!!!!

Wahai serikandi ISLAM,
Ketahuilah diri mu umpama
Peniup semangat,
Dalam sebuah perjuangan,
Meskipun dalam kelembutan
Engkau mampu memberi
Fikiran yang tajam…

Kerana itu diri mu amat
Bernilai di sisi ISLAM….(“,)

“Ya ALLAH kurniakan kepada kami kebaikan
Di dunia dan di akhirat-MU
Serta selamatkanlah kai dari api neraka-MU”..
Amiiin….

0 comments: