Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan telliti, kita akan
dapati manuisa ini sedikit pun tidak terlepas dari diuji. Manusia
diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih
berganti datangnya. Kemudian manusia diminta bersabar dalam menerima
kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Kalau kedua-dua
perkara ini manusia tidak mahu lakukan, ALLAH SWT ada berfirman di
dalam Hadis Qudsi yang maksudnya:
" Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar,
dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur,
maka nyahlah kamu dari bumi dan langit ALLAH ini dan pergilah cari
Tuhan yang lain."
Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang
berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai 2 sifat atau 2
bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-
dua ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu
bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur dalam menerima
nikmat.
Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar
itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan. Ini kerana dalam
bersabar, hati anusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan
dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu.
Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas nampak lebih
senang dan mudah kerana hati manuisa berada dalam keadaan tenang dan
gembira: tidak ada tekanan dan penderitaan.
Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih senang daripada
bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang bersyukur?
Kenapakah orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali
bilangannya? Kenapakah ALLAH SWT berfirman dalam Al Quran yang
bermaksud:
"Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur."
(Surah As-Saba:13)
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Bersyukur ini sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang
apabila mendapat nikmat, lantas mereka memujui ALLAH. Mereka
mengucapkan Alhamdulillah. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang
boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan
sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur. Kalau setakat ucapan sahaja,
tetapi tuntutan-tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak
dilaksanakan, maka ditakuti ucapan Alhamdulillah itu hanyalah untuk
mempermain-mainkan atau mempersendakan ALLAH sahaja.
Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari
bala bencana, lantas mereka memuji ALLAH dan mengucapkan
Alhamdulillah. Di samping hati mereka merasakan ALLAHlah yang telah
memberi mereka nikmat itu. Mereka diberi pahala kerana merasakan
syukur ini di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.
Adapun syukur yang sebenar itu adalah bersyukur yang diucapkan oleh
lidah, dirasakan atau ditasdiqkan dengan hati dan dilaksanakan dalam
perbuatan. Disamping mengucapkan Alhamdulillah dan disamping
merasakan di dalam hati bahawa ALLAH yang mengurniakan nikmat itu,
nikmat itu juga mesti digunakan ke jalan ALLAH. Inilah hakikat
kesyukuran yang sebenar.
Friday, April 24, 2009
HAKIKAT BERSYUKUR...
Posted by Rubiatul Adawiyah Mat Jusoh at 3:51 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment