BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 24, 2009

Masa akan menjadi singkat..

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". H.R.Termizi
Keterangan Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan.
Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.
Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya.
Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

Kelebihan Sembahyang Malam


"Apabila seseorang itu jaga dari tidurnya di waktu malam dan membangkitkan isterinya lalu kedua-duanya sama-sama menunaikan dua rakaat sembahyang nescaya mereka ditulis dalam golongan manusia yang banyak menyintai dan menyebuti ALLAH."
-Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari Abi Sa'id.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tujuannya

Malam dengan ketenangan dan kejernihan suasananya merupakan sebaik-baik waktu untuk beribadat, kerana itu para mukmin digalakkan mengambil kesempatan-kesempatan keemasan itu untuk mengukuhkan hubungan dan kecintaannya kepada ALLAH. Alangkah qudusnya iman seseorang apabila di saat manusia yang lain sedang tidur nyenyak ia bangkit mendirikan sembahyang dan membangunkan isterinya sembahyang bersama-sama untuk mempersembahkan pujian, harapan, permohonan dan permintaan ampun kepada ALLAH ketika dunia diselubungi sepi dan gelita. Alangkah indahnya pandangan dua manusia suami isteri sama berdiri lurus menghadap qiblat dan sama meletakkan dahi mereka ke lantai di tengah-tengah kekelaman malam untuk membuktikan ' ubudiah mereka yang tulus kepada ALLAH, memohon keberkatan hidup dunia dan kebahagiaan hidup di negeri Akhirat.

Di dalam al-Quran dan Hadis terdapat pelbagai sanjungan dan galakan supaya manusia mengejar fadhilat sembahyang malam, firman ALLAH Ta'ala:


" Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang tambahan bagi ibadatmu semoga ALLAH membangkitkanmu di hari Akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji."
- Al - Isra' (79).

Di dalam surah az-Zariat ayat (18) ALLAH memberi sanjungan yang tinggi kepada amlan-amalan orang-orang yang bertaqwa yang mendapat balasan syurga, di antara amalan itu ialah mereka yang banyak melakukan ibadat sembahyang di waktu malam dan memohon keampunan di saat-saat dinihari.

Waktu sembahyang itu luas, ia boleh dikerjakan di awal malam, di pertengahan malam dan di akhir malam selama sembahyang itu dilakukan selepas sembahyang Isya'. Menurut al-Hafiz Rasulullah s.a.w. tidak sembahyang malam di satu waktu tertentu, malah ia sembahyang mengikut kesempatan dan keselesaan yang didapatinya tetapi waktu sembahyang yang paling afdhal ialah ditengah malam iaitu masa sepertiga malam yang akhir.

Bilangan rakaat sembahyang malam tidak juga ditentukan, ia boleh terlaksanakan dengan satu rakaat sembahyang yang didirikan selepas sembahyang Isya'. Dalam sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda :


"Hendaklah kamu dirikan sembahyang malam walaupun satu rakaat."

Tetapi yang paling afdhal ialah sebelas rakaat atau tiga belas rakaat seperti kebiasaan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu dengan satu rakaat atau tiga rakaat witir di akhirnya.

Walaupun demikian, seseorang itu tidaklah disuruh mengerjakan sembahyang malam dengan memaksa-maksakan dirinya secara keterlaluan, kerana ibadat yang sempurna pastilah dilakukan dengan selesa dan ikhlas, apabila ia terlalu mengantuk ia boleh tidur dulu untuk beberapa waktu, kemudian barulah bangkit sembahyang. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

" Apabila seseorang dari kamu sembahyang malam, kemudian bacaan al-Qur'an menjadi asing bagi lidahnya kerana mengantuk hingga ia tidak tahu apa yang dibacakannya, maka hendaklah ia tidur dulu."

Dalam satu Hadis lagi Rasulullah s.a.w. bersabda :

" Buatlah amalan-amalan itu sekadar kuasamu kerana ALLAH itu tidak jemu hingga kamu jemu."

Amalan yang sedikit tetapi tekun adalah lebih baik dari amalan yang banyak tetapi jarang-jarang.

Kerana itu persoalan menentukan waktu sembahyang malam dan menentukan banyak mana rakaatnya terserahlah kepada pertimbangan sendiri berdasarkan keikhlasan dan rasa 'ubudiah' yang murni.

Di antara peraturan-peraturan yang disunatkan dalam sembahyang malam ialah :

(1) Apabila ia hendak tidur, ia disunatkan untuk bangkit sembahyang malam supaya keazamannya dapat membangkitkannya di waktu yang tepat.

(2) Sesudah mencuci muka, mengambil wudhuk dan bersugi dia disunatkan membaca doa-doa khas sembahyang malam.

(3) Ia disunatkan memulakan sembahyang malam itu dengan dua rakaat yang pendek dan ringkas, selepas itu boleh ia menyambung sembahyang itu seberapa ia suka.

(4) Menggerakkan isterinya agar ia turut serta bersembahyang malam, dan bagi isteri disunatkan menggerakkan suaminya.

Hadis bab ini telah menyebutkan bahawa orang-orang yang banyak mendirikan sembahyang malam akan ditempatkan sejajar dengan golongan
" " iaitu golongan yang amat disanjungi ALLAH, iaitu golongan orang - orang yang tidak sunyi mengingati dan menyebut ALLAH sama ada dengan hati, dengan lidah atau dengan kedua-duanya sekali sama ada dalam bentuk berzikir, membaca al-Qu'ran, memikirkan masalah-masalah ilmu yang ada hubungan dengan ketuhanan atau masalah-masalah pengetahuan yang diredhai ALLAH, kerana mempelajari ilmu itu ialah mempelajari undang-undang ALLAH yang berlaku dalam alam ini.

Wanita Solehah...

Sungguh indah permata dunia
Intan mutu manikam emas dan berlian
Yang memikat hati
Namun tiada seindah bunga
Wanita sholihah harapan agama
Mencipta rumahnya seindah surga
Menjaga akhlaknya sebening mata
Qona'ah selendangnya dalam rumah tangga
Sejuk di kalbunya tunduk pandangnya
*****

PadaMu Ya Allah

Ketika diri ini terasa jauh dariMu, ya Allah ...
Ketika dosa dan maksiat mengotori hati ini, ya Allah ...
Ketika ia menjadi resah gelisah dilanda gundah gulana, ya Allah ...
Ketika air mata ini tak lagi mampu mencairkan kekerasannya, ya Allah ...

Kepada siapa lagi harus ku palingkan mukaku ini, ya Allah ...
Kepada siapa lagi harus kuadukan segala susah sedih di hati, ya Allah ...
Kepada siapa lagi harus kugantungkan harapan ini, ya Allah ...
Kepada siapa lagi harus ku memohon ampun, ya Allah ...

Ya Allah ... ampunilah aku Ya Allah ... berikanlah ketenangan bagiku
Ya Allah ... bersihkanlah hatiku dari dosa dan maksiat padaMu
Ya Allah ... Engkaulah tempatku bergantung

Tunjukkanlah kepadaku jalan kebenaran ya Allah ...
Jauhkanlah dariku jalan kemungkaran ya Allah ...

Tunjukkanlah bagiku jalan menuju surgaMu ya Allah ...
Jauhkanlah dariku panasnya api nerakaMu ya Allah ...

Janganlah Engkau murka kepadaku atas kesalahanku ya Allah ...
Janganlah Engkau murka kepadaku atas kealpaanku ya Allah ...
Betapa basarnya cintaMu padaku ya Allah ...
Betapa murah rizki dan karuniaMu padaku ya Allah ...
Allahumma ya Allah ... Ya arhamar raahimiin ...
Astaghfirullah ... astaghfirullah ... astaghfirullah al-Adziim


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sesuatu Yang Paling Mulia

* Dari Ibnu Abbas ra diriwayatkan, telah bersabda Rasulullah saw :
* Keimanan yang paling mulia adalah memberi keamanan kepada manusia dari perangaimu
* Keislaman yang paling mulia adalah menyelamatkan manusia dari lidah dan tindakanmu
* Hijrah yang paling mulia adalah hijrah dari berbagai keburukan
* Jihad yang paling mulia adalah menewaskan kudamu di medan jihad
* Zuhud yang paling mulia ialah jika kalbumu bisa ditenangkan oleh rizki yang diberikan kepadamu
* Permohonan yang paling mulia yang kamu panjatkan kepada Allah Azza wa Jalla ialah memohonkan afiyat (kesehatan - red) dalam agama dan dunia

Beza cinta, couple dan jodoh...

Manusia sering tertipu dengan mainan akal yang mentafsir istilah tuturan kata-kata yang diucapkan tiap-tiap hari. Lebih –lebih lagi apabila ia melibatkan bahasa campur. Diantaranya istilah baik, justice dan sebagainya. Dan disini yang ingin dibincangkan adalah istilah yang sinonim dengan remaja khususnya iaitu cinta, couple dan jodoh. Tiga istilah yang bercampur dari segi bahasa dan agama.
Sebenarnya cinta, couple dan jodoh adalah berbeza yakni tidak berkaitan di antara satupun. Kita boleh jatuh cinta walaupun tanpa kita couple dengan orang yang kita cintai. Dan ada je orang yang couple tapi tak cintai pun orang yang dia couple tu. Tanpa couple dan cinta… jodoh tetap boleh berlaku, kerana takdir itu tiada siapa yang dapat lawan. Itu semua orang perlu menerima hakikat sebagai muslim yang mempercayai qada’ dan qadar. Jadi itu memang sudah ternyata.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


COUPLE. Apabila kita membicarakan tentang couple, jadi ia berkaitan dengan hubungan. Perhubungan dikalangan manusia atau lebih focus pada muammalat umat islam. Untuk memperincikan tentang ini, pemerhatian boleh dijalankan terhadap cara tindakan dan pertuturan diantara manusia dalam menjalankan kehidupan. Disini kita boleh membuat kesimpulan kepada 4 jenis perhubungan, iaitu: 1. Kawan 2. Rakan 3. Sahabat 4. Teman . Perhubungan jenis kawan ini adalah apabila orang itu, apabila kita jumpa dia kita tegur/greet dia. Beri salam, bersalam. Then berlalu begitu sahaja. Jika berlaku perbualan pun hanya perbualan ringkas sahaja. Jenis rakan pula, lebih advance sedikit berjumpa dan berbual dengan lebih panjang dengan mempunyai tujuan tertentu. Hanya ingin berjumpa dengan orang tersebut apabila ia memberi kepentingan tertentu kepada kita. Contohnya rakan kerja, rakan sepermainan dan sebagainya. Seorang pelajar diberi tugas dalam membuat experiment. So orang dalam group tersebut adalah rakan dia. Setelah selesai kerja experiment tersebut maka hubungan rakan tadi menjadi kawan. Sahabat pula memiliki sifat hubungan kawan, rakan dan lebih advance lagi. Perhubungan sahabat berlaku apabila dia begitu mengambil berat tentang seseorang. Biarpun orang itu menghadapi kesusahan, dia akan tetap akan bersama mengharunginya serta membantu. Bergembira bersama, susah bersama. Tempat berkongsi masalah, bercerita dan bermain. Kita dapat menyentuhnya, mendampingi dan bergurau dengannya. Itulah sahabat. Hubungan seterusnya ialah hubungan teman. Hubungan ini merangkumi semua hubungan kawan, rakan dan sahabat malah lebih advance lagi. Berbeza dengan sahabat kerana teman ini,mereka berkongsi segala-galanya, seperti perbelanjaan, kesusahan dan kesenangan hidup, seks, hidup dan mati, sentiasa bersama. Hubungan ini lebih tepat dan faham jika kita namakan suami dan isteri. Hidup bersama. Jadi jika kita perhatikan 4 hubungan ini, menjadi tanda tanya pada kita, dimanakah kedudukan couple dalam perhubungan ini?adakah ia terletak pada kawan? Sudah tentu jauh sekali. Jadi adakah rakan, sahabat atau teman? Jadi cuba kita tinjau balik cara perhubungan yang dilakukan apabila seseorang itu bercouple. Adakah ia boleh disamakan dengan teman? Couple tak boleh melakukan hubungan seks dan klu dia sanggup buat dosa zinar sekalipun dia tak boleh ke tahap teman kerana teman mesti hidup bersama. Jadi couple tak boleh masuk dalam kalangan teman. Bagaimana dengan sahabat? Mungkin couple dia tahu segalanya tentang pasangannya tapi dia tak boleh sentuh yang bukan mahramnya. Biarpun dia berpegangan tangan dan belai pasangannya, hubungan ini hanya mampu diklasifikasikan sebagai sahabat sahaja. Bagaimana pula couple itu, contohnya lelaki dia couple dengan perempuan itu untuk kemegahan, bangga nak tunjuk kat orang yang diri tu ada awek cun atau mungkin untuk dapatkan tubuh badannya. Nak puaskan nafsunya. Berjumpa atau dating untuk memuaskan nafsu, na’uzubillahi min zalikh. Kalau begitu hubungan tersebut jatuh ke peringkat rakan. Betul tak? Jadi jelas couple bukanlah hubungan baru yang istimewa. Cuma manusia salah faham dengan menganggap ia hubungan yang istimewa. Couple berasal dari perkataan orang inggeris jadi definisi maksudnya mestilah daripada kehidupan orang barat. Jadi tidak mustahil hubungan couple pada meraka berpegangan tangan, sex dan sebagainya. Orang yang bercouple mesti mengikutinya. Dan tak mustahil ia menjadi hukum haram.
Bagaimana pula dengan cinta? CINTA pula berhubungkait dengan perasaan. Jadi definisinya hendaklah melihat dari sudut perasaan manusia. Bagaimanakah manusia menaruh perasaan terhadap seseorang? Kenapa manusia boleh jatuh cinta? Saya mendefinisikan cinta sebagai suatu perasaan yang lahir dalam diri manusia apabila dia sayang orang lain melebihi dirinya. Jadi cinta bermaksud sanggup berkorban. Manusia boleh jatuh cinta apabila dia mengenali sesorang itu lebih banyak dari sudut kelebihan berbanding dari sudut kekurangan atau keburukannya. Apabila manusia pertama kali berjumpa, perkara pertama yang mereka akan kenali adalah paras rupa. Oleh sebab paras rupa yang menawan, manusia sudah melihat kelebihan yang terawal berbanding kelemahannya. Oleh itu wujud cinta pandang pertama. Tetapi awas cinta ini biasanya dipengaruhi oleh nafsu. Cinta yang tidak dipengaruhi nafsu apabila dia melihat ke atas seseorang itu, dia melihat kebesaran Allah swt. Kecantikannya mengingatkan kepada yang menciptakannya. Dan kemudian apabila kita mula berkawan, mula mengenalinya maka kita tahu akan baik buruknya yang sebenar. Cinta tidak memerlukan balasan. Kita berasa gembira apabila melihat orang yang kita cinta itu bahagia walau bukan bersama dengan kita. Kita ambil berat tentang dirinya. Kita boleh bercinta dengan seseorang walaupun tidak menjalinkan hubungan khas dengannya atau walaupun kita tidak pernah bertemu dengannya. Contohnya cinta pada Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w. cinta inilah yang dididik didalam Islam. Cinta memerlukan pertimbangan akal. Cinta bermasalah apabila akal memberi markah yang lebih kepada sesuatu yang tidak sepatutnya terhadap sifat dan ciri-cirinya. Contohnya seseorang itu mempunyai banyak keburukan dan kejahatan, tetapi disebabkan kecantikannya maka dia jatuh cinta padanya. Kesimpulannya cinta itu asalnya adalah suci kerana ia di ajar oleh Allah s.w.t, tetapi kesucian cinta akan terpelihara hanya dengan iman dan akal, dan awas cinta akan kotor dengan maksiat apabila dipengaruhi dengan nafsu.
JODOH pula adalah ketetapan Allah s.w.t atau lebih dikenali sebagai takdir. Allah s.w.t lebih mengetahui pasangan mana yang sesuai untuknya. Contohnya seperti yang disebut dalam surah An-NUr lelaki baik untuk wanita baik. Jadi untuk memastikan jodoh kita adalah yang terbaik maka diri sendiri perlulah menjadi baik terlebih dahulu…(“,)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, March 30, 2009

AKU CUBA MENCINTAI MU YA ALLAH...

Aku cuba mencintai Mu Tuhan hati tidak juga terasa
Aku cuba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa juga
Aku fikir-fikirkan nikmat Mu
Aku kenang-kenangkan rahmat Mu
Agar nampak kemurahan Mu

Atas ilmu aku akur
Namun aku belum juga jatuh hati dengan Mu
Aku susah hati aku sedih selalu mengapa terjadi begini
Mengapa cinta pada Mu belum berbunga lagi

Sedang aku tahu aku akui
Nikmat Mu terlalu banyak padaku
Kalau hendak dihitung tidak mungkin terhitung
Walaupun melalui komputer

Aku irihati selalu
Cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
Hebatnya cinta mereka pada Mu
Hilang selera makan kerana Mu
Asyik memuja dan memuji Mu
Mensucikan dan membesarkan Mu

Terutama di waktu malam yang sepi
Di waktu orang mimpi
Mereka memuja Mu
Merintih pada Mu
Mengharapkan kasih sayang pada Mu

Air mata mereka membasahi pipi
Adakalanya menitis ke bumi
Mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah di bibir mereka
Engkau adalah jantung hati mereka

Tapi aku tidak begitu
Aduh keras hatiku
Keras hatiku

Hingga kini aku belum mencintai Kekasih agungku
Baru aku sedar
Cinta pada Mu adalah anugerah dan hidayah Mu
Bertuahlah dan berbahagialah
Orang yang Engkau anugerahkan kecintaan pada Mu

Aku bilakah lagi wahai Tuhan
Dapat sedikit pun jadilah
Aku tidak putus asa
Aku cuba lagi selagi ada nyawa di badan
Di hujung hidup ku kalau dapat pun sudah cukuplah

Wahai Tuhan Al-Hannan Wal Mannan……"

12 Barisan Di Akhirat...

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan?

BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang
Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya
menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka..."

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara
dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika
hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya
adalah neraka..."

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan
membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.."

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang
berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka
adalah neraka.."

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu
mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang
menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak
pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut
mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang
enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan
tempat kembalu mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala
kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "
Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada
orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.."

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta,
gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar
sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan
keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat
seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih
memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat
baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima
waktu, ketika meninggal dunia keadaan ka bertaubat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan,
kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah
aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua
ini...

Sembilan pembaziran tanpa disedari..

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.

Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-

ILmu pengetahuan.

Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan.

Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.

Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati.

Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan.

Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta.

Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa.

Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.

Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.

Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya…